Subhanallah Walhamdulillah MasyaAllah.
MTAJ diberi kesempatan oleh Allah untuk menyantuni saudara yang kurang berkemampuan di Kampung Mawai Baru dan sekitar MTAJ Lil-Banat. Sebelum memulakan operasi di Kg Mawai, MTAJ ingin memulakan hubungan baik dengan masyarakat setempat. Semoga doa-doa masyarakat sekitar akan menambahkan kebaikan buat MTAJ Lil-Banat. InsyaAllah, di kesempatan yang lain, MTAJ akan terus memberi manfaat kepada warga Kampung Mawai khasnya.
Tahniah dan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) atas bantuan khas yang diberikan kepada guru & kakitangan Maahad Tahfiz di Negeri Pahang.
*MISI MENYELAMATKAN 350 MAAHAD TAHFIZ DI SELANGOR TAHUN 2021 (500 Ribu Lagi diperlukan untuk Fasa 1)*
*_TABUNG PRIHATIN TAHFIZ SELANGOR_*
(kelulusan & sokongan MAIS & JAIS)
*Alhamdulillah kutipan Tabung selama 5 bulan ni mencecah RM500 ribu & sumbangan RM16.5 juta masih diperlukan bagi membantu 350 Maahad Tahfiz di Selangor mendapatkan kelulusan PBT.*
PitasSelangorOfficial
Ramai yang teringin untuk hafal al-Quran, tetapi anak-anak tahfiz ini sedang berjuang untuk menghafaz Al-Quran. Kita mampu membantu bersama membina Generasi Al-Quran. *Alhamdulillah setiap tahun sekurang2nya 1,000 Huffaz dilahirkan di Negeri Selangor yang menyambung dalam pelbagai bidang profesional, kemahiran, agama di dalam dan luar negara.*
Dalam satu hadis sahih, Abu Hurairah RA berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: ‘Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya.”
Baginda menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya).”
Sumbangan boleh secara FPX:
KLIK DISINI UNTUK MENYUMBANG
Atau transfer ke acc Maybank Islamic :
*562469325414*
*TABUNG PRIHATIN TAHFIZ SELANGOR*
Maklumat lanjut layari : tabungtahfiz.com / pitas.com.my
*No. Rujukan Kelulusan MAIS : MAIS/SB/BHB/170-2/4/009/3-01*
Yang benar,
PU Hafiz Haneefa
-Pengerusi PITAS
-Anggota Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Islam & Tahfiz MAIS